Kelab ini ditubuhkan secara rasmi pada 21 Feb 2010 dengan upacara perlantikan ahli jawatan kuasa bagi sessi pertamanya. Namun, kumpulan ini telah bergerak secara tidak formal sebelum penubuhan rasminya lagi seperti dengan mengadakan perjumpaan dan jamuan di rumah keluarga terbabit, serta gotong-royong untuk berpindah rumah.

Pada asalnya kumpulan diwujudkan ini betujuan mengeratkan silatur-rahim di kalangan komuniti Malaysia di Marrickville dan Dulwich Hill, NSW, Australia (iaitu di bawah jajahan Marrickville Council). Oleh itu, nama MD-Club asalnya diilhamkan dari gabungan "Marrickville-Dulwich Hill Club". Namun skop wilayah jajahannya telah dipeluaskan hingga menjangkau ke daerah berdekatan seperti Newton dan Glebe, bertujuan untuk menambah penyertaan.

Objektif kumpulan ini ditubuhkan antaranya:
  1. menjadi platform untuk merancang aktiviti-aktiviti riadah seperti hari keluarga, BBQ, berkelah dll.
  2. menjadi platform untuk bertukar-tukar pendapat di kalangan ahli
  3. merancang perjumpaan di rumah-rumah ahli seperti jamuan hari raya, menyambut kedatangan ahli baru dll.
  4. mewujudkan kumpulan yang dapat menggerakkan aktiviti gotong-royong seperti berpindah rumah dan seumpamanya.
  5. membantu pelajar-pelajar baru (dan keluarga) yang baru datang ke Sydney namun menghadapi kesukaran untuk mendapatkan penginapan sementara (spt Malaysia Hall).